Wednesday, November 3, 2010

PENGUMUMAN PENTING

Blog reeas kini adalah http://reeascarfboutique.blogspot.com
Lebih banyak tudung lebih murah harga yang ditawarkan..
Dengar2 Reeas akan buat Clearance Stock..
Haaa ape lagi..!!
Jom singgah..!!

Wednesday, May 5, 2010

Promosi Sempena Hari Ibu.. =)

Disebabkan Reeas amat sayang pada IBU sedunia, Reeas mengadakan promosi dengan potongan harga berbaloi - berbaloi bagi setiap tudung koleksi Reeas.. Jadi, Ibu2 boleh lah memperagakan tudung yg cantik semasa menyambut Hari Ibu nnt. Tiap2 hari cantik pun takpe kan.. Selamat membeli belah =)

RS01 - RS10 (Clearance Stock) = 2ND BATCH (MAC)
Before :RM 60
After : RM 45

T01 - T10 = 3RD BATCH (APRIL)
Before :RM 55
After : RM 50

Monday, April 5, 2010

3rd Batch Collection...Part I =)

T05


Harga : RM55
Material : Itallian Fabrics
Awning : Thai Silk Gred AA



Koleksi tudung kali ini, kami menggunakan awning separuh, bagi mengelakkan awning tersebut patah semasa proses penghantaran. Jadi jangan ragu2 ya.. =) Kami akan wat yang terbaik untuk semua.. Dan kalo mau lebih yakin lagi..boleh jumpa kami terus, dan try tudung tu, lg puas hati kan..?Just email kami secepat yang mungkin.. =)

3rd Batch Collection...Part II =)

T10


Harga : RM 55
Material : Itallian Fabrics
Awning : Thai Silk Gred AA


Koleksi tudung kali ini, kami menggunakan awning separuh, bagi mengelakkan awning tersebut patah semasa proses penghantaran. Jadi jangan ragu2 ya.. =) Kami akan wat yang terbaik untuk semua.. Dan kalo mau lebih yakin lagi..boleh jumpa kami terus, dan try tudung tu, lg puas hati kan..?Just email kami secepat yang mungkin.. =)



Tuesday, March 16, 2010

Penat tapi berbaloi baloi..~ =)

Alhamdulillah.. tudung 2nd batch Reeas, dapat sambutan.. Terima kasih Sume..!! Tunggu kemunculan tudung Reeas pada bulan April ya.. =)

Disebabkan sokongan n sambutan yang menggalakan tu, semalam Reeas beli kain lg utk 3rd batch.. =p Mau tercabut semua nye la.. bile dah pilih kain, satu masalah Reeas adalah, matching ngan awning..bile da kene ngan lampu kuning kedai kain tu, terus Reeas Blind color..puas la heret kain tu ke cahaya luar, baru nampak..hehe..mau gelak org kedai tu.. tp Alhamdulillah semua berjalan lancar.. Reeas tak sabar nak tgk collection baru ni sbb ade label cloth Reeas tau.. =) Saje suke2 ade label cloth tu tapi berbaloi baloi =)

Wednesday, March 10, 2010

Label Cloth da Siap...!!


Yeah..!! siap gak akhirnya...!! Tudung baru nnt ada la brand Reeas..org kate more exclusive la kan...ni yg kuat semangat nak wat tudung cantik2...pasni kne la jaga kualiti...Terima kasih kepada orang yang membantu Reeas utk label cloth ni.. =)

Tuesday, March 9, 2010

Terima Kasih.. =)

Terima Kasih tak terhingga Reeas ucapkan kepada pembeli2 tudung koleksi Reeas.. =) Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar, Reeas akan memperbaiki dan berusaha untuk menghasilkan yang terbaik, sehingga anda semua berpuas hati...Sekiranya terdapat juga kekurangan dan kesilapan, Reeas mohon ampun ya...

Terima kasih juga yang tidak putus2 memberi sokongan, mendoakan kejayaan Reeas dan sentiasa memberi kritikan... Alhamdulillah, tanpa kalian, Reeas takkan sampai ke tahap ini... =)

Nantikan Koleksi Reeas yang terbaru ya .. =)

Mak - Orang kuat Reeas =)
Baby - Orang Kuat gak tu =)

Monday, March 1, 2010

2nd Batch Reeas.Scarf Collection Part 1=)

RS02


RS03


RS04


RS05


Harga : RM60
Style :
Scallop
Materials :
Italian Fabrics
Awning :
Thai Silk

2nd Batch Reeas.Scarf Collection Part 2 =)

RS06


RS07


RS08


RS09


RS10




Harga : RM60
Style :
Scallop
Materials :
Italian Fabrics
Awning :
Thai Silk

Monday, February 22, 2010

Prinsip yang perlu ada sebelum memulakan perniagaan internet dari rumah


Bagi anda yang kini berkobar-kobar untuk memulakan perniagaan internet dari rumah, masih tercari-cari formula yang perlu untuk memulakannya, saya sediakan prinsip yang perlu anda ikuti agar anda mendapat sedikit panduan.

* Cari mentor. Ia bukan satu kewajipan. Namun begitu ia amat penting agar anda mempunyai satu guide line yang dapat diikuti agar tidak tersasar dari matlamat anda. Melalui mentor juga anda boleh mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan jelas kerana mereka telah mengalami situasi anda sebelumnya. Jika boleh, carilah mentor yang mempunyai kekuatan team yang kukuh. Ini kerana idea-idea bernas mereka telah membuahkan formula yang lebih efektif untuk anda mencapai kejayaan.

* Talian fleksible. Saat ini talian internet adalah penting. Anda perlu memilih samaada untuk memilih antara talian streamyx mahupun gunakan saja broadband. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Tapi pada saya, broadband juga kelihatan sangat bagus, kerana ia mobiliti berbanding talian streamyx. Dengan broadband, anda boleh online dimana saja dan dengan mudah menjawap segala email dan maklum balas pelanggan.

* Metod Pembayaran. Penting bagi anda menyediakan akaun yang perlu untuk pembayaran dari pelanggan mahupun akaun tempat dimana anda dibayar. Jika selama ini anda tidak pernah menggunakan bank online. Ini masanya untuk anda register semua akaun bank anda ke online. Ini kerana kemudahan ini telah digunakan oleh hampir kesemua bank yang terdapat di Malaysia.

* Kompeni kukuh. Jika anda memilih untuk mengikuti program affiliate, carilah syarikat profesional yang mempunyai kedudukan dan nama yang kukuh agar mudah bagi anda dibayar setelah mempromosikan produk mereka. Pastikan syarikat ini juga sentiasa memberi respon yang cepat, bertanggungjawab dan sentiasa memberi perhatian sekiranya anda mempunyai masalah dalam memasarkan produk mereka.

* Pengurusan masa. Anda tidak akan menyedari selama mana anda berhadapan dengan komputer/laptop sekiranya anda tidak tahu membahagikan masa. Ini sedikit sebanyak akan menganggu kesihatan dan tumpuan anda. Kadang-kala ia akan membuatkan anda berputus asa! Oleh kerana itu, buatlah satu jadual agar anda dapat memperuntukkan jam tertentu untuk tujuaan bisnes online anda, keluarga dan diri sendiri.

* Kekal bertahan.
Tidak dinafikan, untuk memulakan perniagaan online, terdapat banyak cabaran dan dugaan yang akan mendatang. Lebih-lebih lagi anda tidak mendapat sokongan dari orang yang terdekat dengan anda. Saat ini adalah penting untuk anda terus fokus dan kekal bermotivasi dengan matlamat yang telah tetapkan. Jangan mudah putus asa. Untuk berjaya memang perlu cabaran-cabaran seperti ini. Tapi saat anda sudah berjaya, tiada siapa lagi yang akan mempertikaikannya.

Nantikan Kemunculan Koleksi Terbaru Reeas.Scarf =)

Alhamdulillah..Hari sabtu yang lepas, Reeas dapat juga menempah tudung bagi koleksi terbaru Reeas.Scarf .. =) Naik pening kepala la gak memilih warna kain untuk awning..n bersusah payah tawar harga supaya dpt harga murah n ber baloi - baloi..Neway, thanks pada seller tu yang melayan n menolong kami memilih warna kain awning tu, lupe nak tny name die..hehe..Semua nya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.. =)

Thursday, February 18, 2010

1st Batch Reeas.Scarf Collection




Tudung Azra
Harga : RM55
Style : Scallop
Material : Spandex Printed Made in Indonesia
Awning : Thai Silk

Tuesday, February 16, 2010

Weee...~ Syoookk nye Cuti.. =)



Alhamdulillah..cuti kali ini reeas dapat berkumpul bersama sanak saudara di kampung. Sambil2 tu reeas juga berkesempatan buat sesi menjual tudung kepada saudara2..Alhamdulillah, sambutan amat mengalakkan..Respon dari mereka " Kain tudung lembut n selesa untuk di pakai..." tu yang kami cuba usahakan iaitu cuba memberi kepuasan hati customer..Harap2 rezeki kami diberkati dan diredhai..amiinn.. =)

Friday, February 12, 2010

Tip2 Penjagaan Tudung Reeas.Scarf =)

TIPS MENCUCI TUDUNG Reeas.Scarf

  1. Elakkan mencuci menggunakan 'Washing-Machine'.
  2. Cara terbaik adalah mencuci secara 'Dry-Cleaning'
  3. Cucian Tangan dengan menggunakan sabun yang berkandungan sodium rendah seperti sabun mandi.
  4. Celupkan Tudung ke dalam air sabun dan angkat. Pastikan bahagian awning (bahagian Thai Silk) berada diatas, celupan mesti bermula dari bahagian bawah tudung, kemudian celup ke dalam air biasa untuk bilasan. Pegang awning dengan mencekak diantara kain thai silk dan kain bahagian badan tudung dan perah bahagian kain tudung sehingga air pada kain tudung berkurangan.
  5. Baik sahaja bilasan selesai, sidai tudung dengan menggunakan penyepit pada kain bahagian badan tudung iaitu diantara kain thai silk dan bahagian kain tudung, pastikan bahagian AWNING dalam kedudukan jatuh kebawah. Jangan sesekali memerah bahagian awning kerana ia akan menyebabkan bentuk awning akan rosak. Walaubagaimanapun awning keluaran Reeas.Scarf sukar berubah bentuk, kerana kami menggunakan kain keras yang berkualiti tinggi sesuai dengan fungsinya.
  6. Penggunaan bahan peluntur bagi menghilangkan kotoran, adalah dilarang sama sekali. Anda boleh gosok menggunakan tangan dengan perlahan-lahan untuk menghilangkan kotoran tersebut.
  7. Anda tidak perlu kerap mencuci seperti penggunaan tudung-tudung lain, ini adalah kerana tudung keluaran Reeas.Scarf adalah dari material lycra yang mana tidak menyerap peluh seperti mana kain pakaian renang.
TIPS MENYIMPAN @ MELIPAT TUDUNG KELUARAN Reeas.Scarf
  1. Kaedah mengantung dengan menggunakan penyankut berpenyepit yang bersaiz kecil(seperti penyangkut di butik terkenal adalah cara yang terbaik.
  2. Cara melipat yang betul dan terbaik adalah dengan cara melipat bahagian kain badan tudung serta menggulung sehingga paras leher tudung dan masukan gulungan tadi kedalam awning. Jangan sesekali melipat bahagian ‘awning’.
KAEDAH MENGOSOK TUDUNG KELUARAN Reeas.Scarf
  1. Bagi tudung yang menggunakan kain lycra tidak perlu di gosok. Ini adalah kerana kain jenis ini tidak berkedut.
  2. Bagi tudung yang menggunakan kain cotton spandex gosokan pada kain tudung boleh di lakukan seperti mengosok kain yang lain.
  3. Tips bagi menggosok bahagian awning adalah dengan menggosok dari bahagian dalam awning tudung.
  4. Awning keluaran Reeas.Scarf berbeza dengan awning dari butik-butik lain termasuk Ariani yang mana awning kami boleh di pulihkan dengan kaedah menggosok walaupun dipatahkan atau pun dilipat bahagian awning.
Semoga dengan tips diatas dapatlah memberi sedikit panduan bagi penjagaan tudung keluaran kami.

10 Kesalahan Utama dalam Perniagaan Kecil


Untuk hari ke-3 blogging, Reeas mahu berkongsi dengan anda semua 10 Kesalahan Utama dalam Perniagaan Kecil, bagi sesiapa yang ingin menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan boleh la manfaatkan info Reeas sebaik2 mungkin dan Semoga Berjaya.. =)

1.Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2.Tiada Pelan Pemasaran
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihaksasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos.Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.


3.Tidak mengenalipelanggan anda
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan,tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.


4.Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.


5.Tidak peduli tentang kakitangan
Salah satu cabaran yang paling sukarbagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!


6.Keliru tentang kemungkinan dengan realiti
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.


7.Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.


8.Penyendiri
Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama.Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.


9.Tiada'Mastermind'
Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor!Bagi mereka yang mempunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah,kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka.Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.


10.Berputus Asa
Kebanyakkan usahawan yangberjaya pernah mengalami kegagalan. Olehitu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu.Jangan berputus asa dan menderita.
Reply With Quote

Thursday, February 11, 2010

Alhamdulillah..~


Hari ke2 utk blogging.. =)
Hari ni dapat menyelesaikan satu keinginan kami iaitu tempahan label cloth utk koleksi tudung kami.. Alhamdulillah dapat juga cari pembuat label tu dengan harga murah.. Tak sabar rasanye nak tengok hasil label tu...=) Ini adalah design dari Ree & As.. Hehe..

Wednesday, February 10, 2010

Mula untuk blogging..~

Salam semua =)

Baru hari ni dapat juga menaip blog setelah sekian lame gak register tapi takde pape pun nak di ceritakan. =)
Ok, Reeas.Scarf menjual pelbagai corak dan fesyen terkini tudung muslimah dengan harga yang berpatutan. InsyaAllah, koleksi kami akan memberikan kepuasan kepada sesiapa yang membelinya. Ini kerana kami amat mementingkan mutu kain tudung, kain awning dan jahitan tudung. Kami juga membekal tudung ready made kepada sesiapa yang berminat menjalankan perniagaan tudung. Oleh itu, jangan malu - malu untuk mencuba dan membeli tudung kami..
=)