Friday, February 12, 2010

Tip2 Penjagaan Tudung Reeas.Scarf =)

TIPS MENCUCI TUDUNG Reeas.Scarf

  1. Elakkan mencuci menggunakan 'Washing-Machine'.
  2. Cara terbaik adalah mencuci secara 'Dry-Cleaning'
  3. Cucian Tangan dengan menggunakan sabun yang berkandungan sodium rendah seperti sabun mandi.
  4. Celupkan Tudung ke dalam air sabun dan angkat. Pastikan bahagian awning (bahagian Thai Silk) berada diatas, celupan mesti bermula dari bahagian bawah tudung, kemudian celup ke dalam air biasa untuk bilasan. Pegang awning dengan mencekak diantara kain thai silk dan kain bahagian badan tudung dan perah bahagian kain tudung sehingga air pada kain tudung berkurangan.
  5. Baik sahaja bilasan selesai, sidai tudung dengan menggunakan penyepit pada kain bahagian badan tudung iaitu diantara kain thai silk dan bahagian kain tudung, pastikan bahagian AWNING dalam kedudukan jatuh kebawah. Jangan sesekali memerah bahagian awning kerana ia akan menyebabkan bentuk awning akan rosak. Walaubagaimanapun awning keluaran Reeas.Scarf sukar berubah bentuk, kerana kami menggunakan kain keras yang berkualiti tinggi sesuai dengan fungsinya.
  6. Penggunaan bahan peluntur bagi menghilangkan kotoran, adalah dilarang sama sekali. Anda boleh gosok menggunakan tangan dengan perlahan-lahan untuk menghilangkan kotoran tersebut.
  7. Anda tidak perlu kerap mencuci seperti penggunaan tudung-tudung lain, ini adalah kerana tudung keluaran Reeas.Scarf adalah dari material lycra yang mana tidak menyerap peluh seperti mana kain pakaian renang.
TIPS MENYIMPAN @ MELIPAT TUDUNG KELUARAN Reeas.Scarf
  1. Kaedah mengantung dengan menggunakan penyankut berpenyepit yang bersaiz kecil(seperti penyangkut di butik terkenal adalah cara yang terbaik.
  2. Cara melipat yang betul dan terbaik adalah dengan cara melipat bahagian kain badan tudung serta menggulung sehingga paras leher tudung dan masukan gulungan tadi kedalam awning. Jangan sesekali melipat bahagian ‘awning’.
KAEDAH MENGOSOK TUDUNG KELUARAN Reeas.Scarf
  1. Bagi tudung yang menggunakan kain lycra tidak perlu di gosok. Ini adalah kerana kain jenis ini tidak berkedut.
  2. Bagi tudung yang menggunakan kain cotton spandex gosokan pada kain tudung boleh di lakukan seperti mengosok kain yang lain.
  3. Tips bagi menggosok bahagian awning adalah dengan menggosok dari bahagian dalam awning tudung.
  4. Awning keluaran Reeas.Scarf berbeza dengan awning dari butik-butik lain termasuk Ariani yang mana awning kami boleh di pulihkan dengan kaedah menggosok walaupun dipatahkan atau pun dilipat bahagian awning.
Semoga dengan tips diatas dapatlah memberi sedikit panduan bagi penjagaan tudung keluaran kami.

0 comments (+add yours?)

Post a Comment